Siapakah Lelaki Pilihan Wanita Solehah?
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap wanita solehah berkeinginan dan berhajat memiliki seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab. Suami yang soleh bukan saja akan menjadi suami pilihannya ketika di dunia tetapi suami yang soleh dan berakhlak Islam akan menjadi suami pilihannya ketika di syurga nanti.
Umi Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW : "Seorang wanita di dunia yang telah menikah dua suami, tiga atau empat dan ia meninggal, kemudian ia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Wanita itu tinggal dengan siapakah diantara mereka?"
Maka, Nabi SAW menjawab maksudnya : "Hai Umi Salama, ia dipersilakan untuk memilih, kemudian ia memilih di antara mereka yang paling mulia akhlaknya. Lalu ia berkata, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya suamiku ini adalah yang paling mulia akhlaknya ketika saya bersamanya di dunia. Maka, nikahkan aku bersamanya,"
Hai Umi Salamah, akhlak yang mulia akan membawa kebaikan kehidupan dunia dan akhirat."
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat 10 ciri-ciri pilihan wanita solehah untuk memilih lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya :
Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran dan bertaubat kepada Allah SWT.
6. Selalu memperbanyakan amalan sunat.
7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.
Huraiannya :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sifat yang paling penting untuk menjadi seorang lelaki yang soleh dan bertakwa adalah mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisaa ayat 69)
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
Hal ini kerana Islam mengajar yang ilmu itu tidak dapat berdiri dengan sendiri. Tertegaknya ilmu sehingga ia membawa kebaikan ialah dengan adanya sokongan iman. Dan kerana dua benda inilah, Allah mengangkat darjat seseorang. Sesungguhnya ilmu tanpa iman adalah sia-sia dan tiada gunanya di sisi Allah S.W.T
Firman Allah SWT maksudnya : "Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: 'Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar".(Surah al-Qasas ayat 80)
Firman Allah SWT dalam surah Al-Fathir, ayat 28 yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah ahli-ahli ilmu (ulama) "
Diriwayatkan oleh AtTabrani daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesorang yg berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)"

Seorang mukmin yang beristiqamah dengan Islam akan sentiasa memikul tugas amar makruf dan nahi mungkar .
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 104)
Kewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.

Salah satu sifat orang mukmin adalah sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT di muka bumi dan sentiasa berjihad di jalan-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar.”
(Surah al-Hujurat ayat 15)

Sifat orang mukmin sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT. secara berterusan tanpa henti.Taubat haruslah di perbaharui dari masa ke masa. Ini kerana, setiap insan tidak mungkin terlepas dari dosa, samaada besar atau kecil, dosa batin atau lahir, dosa yang diketahui atau tidak diketahui atau lalai dalam menunaikan hak Allah dan manusia lainnya. Bahkan dosa kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dalam agama dan sebagainya juga tidak terkecuali.
Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
6. Selalu dan memperbanyakan amalan-amalan sunat.
Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yang sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”
Solat sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat menampung kekurangan didalam solat fardu.Begitu juga puasa sunat dapat menampung puasa wajib, sedekah dapat menampung kekurangan zakat dan juga haji dan umrah sunat dapat menampung ibdah haji yang wajib.
Amalan-amalan sunat yang lain seperti berzikir, berselawat dan membaca al-Quran akan dapat mendekatkan hati dan jiwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."
(Surah Al-Furqaan, ayat 63).
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami di zalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

Orang mukmin akan memahami Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna dan seterusnya mengamalkan nya di dalam kehidupan sebagai individu muslim-mukmin, dalam keluarganya dan seterusnya masyarakat.
Allah S.W.T. berfirman maksudnya :“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan dari bisik-bisik mereka, kecuali siapa yang menyuruh bersedekah, kebaikan, atau mendamaikan antara manusia. Dan barangsiapa yang melakukan hal itu dengan mencari reda Allah, maka Kami akan memberikannya pahala yang besar.” (Surah an-Nisa ayat 114)
Allah SWT menjelaskan ayat di atas bahawa semua hal di atas bagi sesiapa pun yang merealisasikannya, serta kebaikan akan mengundang kebaikan dan menolak keburukan. Juga Allah SWT janjikan bagi mukmin yang mengharap pahala-Nya, maka Allah akan memberikan pahala yang besar. Termasuk dari pahala yang besar itu adalah hilangnya kerisauan, kesusahan, kekeruhan hati, dan seterusnya.

Sifat mahmudah adalah sifat berlapang dada , penyantun dan pemaaf.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:"Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku jalin tali silaturrahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskan aku. Aku berbuat baik kepada mereka, tapi mereka berbuat buruk kepadaku. Aku bersikap santun terhadap mereka, tetapi mereka menganiayaku. Maka Rasulullah SAW bersabda: 'Jika engkau adalah sebagaimana yang engkau katakan, maka seolah-olah engkau memberi makan mereka dan Allah SWT akan selalu memberikan pembelaanNYA kepada engkau atas mereka, selama mana engkau berada dalam keadaan demikian." (Hadis Riwayat Muslim: 2558: Al-Birru wa As-silah)
Berlapang dada adalah sifat yang sangat penting dalam kehidupan para sahabat r.a sekaligus merupakan sifat mulia yang yang mengangkat darjat mereka.

Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".
Sahabat yang dikasihi,
Sekiranya kalian mempunyai 10 ciri-ciri mulia dan cemerlang yang dinyatakan di atas maka kalian adalah calun lelaki yang paling layak dan menjadi idaman wanita solehah. Kalian bukan saja akan menjadi suami dan bapa yang soleh tetapi kalian juga adalah mukmin muttaqin yang akan menjadi hamba-Nya yang di kasihi di dunia ini dan akan mendapat ganjaran yang besar di hari akhirat nanti. Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan iman dan takwa kita dan berjihad dijalan-Nya dengan hati yang penuh ikhlas semata-mata mencari keredaan-Nya